Wednesday, November 5, 2008
Promosi.... Promosi...... ANC
1 Kilogram = RM 400.00*
*Minimum order = 10 kg
Thursday, August 7, 2008
Maklumat Kami
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Selamat datang ke blog kami....
Untuk makluman, kami telah memulakan perniagaan berasaskan ternakan dengan projek ternakan ikan keli pada tahun 2007. Melihat potensi ternakan cacing, kami bersama rakan niaga telah membuat kajian tentang bidang ternakan ini seterusnya mengikuti Kursus Ternakan Cacing Tanah secara Komersial anjuran AZR Agro Centre pada 28 Jun 2008 di Concorde Inn Hotel, KLIA, Selangor. Sebelum mengikuti kursus ini, kami sebenarnya telah "membela" cacing tanah dalam kuantiti yang sedikit dan mendapati ternakan ini tidak mempunyai masalah besar untuk di ternak secara kecil-kecilan ataupun komersial. Pada awal bulan Julai, kami memulakan proses membina bangsal dan rak untuk cacing, seterusnya pada 9 Ogos 2008, telah memasukkan induk cacing sebanyak 30 kg dan menjangkakan pengeluaran baja vermikompos pada bulan September.
Matlamat pihak kami adalah untuk mengeluarkan Baja Vermikompos (baja organik) iaitu hasilan najis cacing selepas memakan sisa bahan tumbuhan dengan najis haiwan. Pihak kami juga membekal makanan cacing yang telah siap di proses secara runcit mahupun borong dan membekal induk cacing secara runcit dan borong.
Alamat tempat ternakan:
Lot 30353, Kg, Chendering, Permatang Badak, 25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Berminat dengan ternakan cacing tanah?
Hubungi kami:
Shahir - 017-931 3223 - wmshahir@gmail.com
Farhan - 012-967 6607 - farhanfish@gmail.com
Terima kasih,
Wan Mohd Shahir
Harga Induk Cacing, Medium/Makanan Cacing dan Baja Vermikompos
Kami membekal induk cacing terdiri dari spesis Eisenia fetida (cacing harimau), Lumbricus rubellus (cacing merah), Perionyx excavatus (cacing biru) dan African Night Crawler.
Harga Induk Cacing Harimau, Merah dan Biru:
1 Kg = RM 350
10 Kg ke atas = RM 300
Harga Induk African Night Crawler (ANC):
1 Kilogram = RM 450.00*
*Minimum order = 10 kg
Medium/Makanan Cacing:
Makanan yang di bekalkan oleh pihak kami telah siap di proses dengan campuran EM @ Effective Microorganism (bakteria baik) dengan campuran 70% habuk kayu dan 30% tinja kambing. Harga adalah seperti berikut:
1 Kg = RM 1.50
1 tan = RM 1100 (tidak termasuk kos penghantaran)
10 tan = RM 8000 (tidak termasuk kos penghantaran)
Baja Vermikompos dengan campuran EM @ Effective Microorganism (bakteria baik):
RM 5.00/kg harga runcit
RM 3.00/kg harga borong.
Monday, August 4, 2008
Saturday, July 26, 2008
Cacing Vermikompos
1) Endogeic (soil dwelling)
2) Epigeic (litter dwelling)
3) Anecic (night crawler)
Di antara tiga jenis cacing 'epigeic' di katakan paling sesuai untuk perkomposan yang terdiri dari spesis Eisenia fetida (cacing harimau). Lumbricus rubellus (cacing merah) dan Perionyx excavatus (cacing biru/tempatan). Cacing-cacing lain yang digunakan adalah Eisenia andrei (Perancis), Aporrectodea caliginosa dan A. trapezoids (Eropah) Pharetima elongata (India) dan Microscolec dubius (Amerika Selatan) dan Eudrilus eugeniae (African night crawler)
Di Australia, cacing harimau dipilih sebagai cacing vermikompos untuk menghasilkan vermikompos kerana ia mempunyai selera makan yang tajam. Cacing biru dikatakan lebih sesuai digunakan di Malaysia kerana ia merupakan cacing tropikal dan boleh didapati di kawasan hutan negara ini. Walau bagaimanapun ianya lebih gemar kepada makanan dari najis haiwan.
Ciri-ciri Cacing Vermikompos
Suka Memakan Lapisan Atas
Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos, di mana cacing akan berkumpul di bahagian lapisan atas media pengkomposan setiap kali bahan makan baru ditambah.
Selera Makan Yang Tajam
Cacing ini boleh makan sama atau lebih berat daripada berat badannya dalam sehari (24 jam)
Membiak Dengan Cepat
Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing akan bertelur 50 biji kapsul setahun. Setiap kapsul mengandungi 3 hingga 4 ekor anak cacing.
Petikan dari Buku Pembiakan Cacing (Vermilultur) & Pengeluaran Vermikompos
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2008
Baja Vermikompos
Penghasilan baja kompos menggunakan cacing tanah adalah salah satu lagi cara bagaimana baja organik bermutu tinggi boleh dihasilkan. Aktiviti ini dapat menjana pendapatan sampingan dan tambahan kepada petani. Aktiviti in hanya melibatkan penggunaan bahan buangan pertanian dari sisa ladang seperti jerami padi, batang jagung, hampas kelapa atau bahan-bahan pertanian terbuang yang separuh reput dan sesuai di campur dangan najis haiwan seperti tahi lembu, tahi kambing dan tahi ayam yang usang sebagai bahan makanan kepada cacing tanah yang diternak.
Baja kompos berkualiti yang akan diperkenalkan adalah "Vermikompos". Ianya adalah bahan organik hasil dari campuran vermicast iaitu tahi cacing yang dikeluarkan selepas memakan sisa bahan tumbuhan dengan najis haiwan tadi dengan tinggalan reputan bahan organik yang tidak sempat dimakan oleh cacing tetapi mengalami proses pereputan sepenuhnya oleh mikrob.
Komponen vermicast yang terbentuk dari aggregat-aggregat kecil yang disatukan oleh sebatian organik polisakarida dapat memperbaiki struktur tanah dan mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh jutaan mikrob yang terdapat dalam perut cacing.
Campuran vermicast dengan kompos hasil dari reputan bahan organik oleh microorganisma disahkan kaya dengan humus dan unsur-unsur pemakanan seperti nitrogen, kalium, fosforus, kalsium, magnesium dan boron serta mengandungi 1000 kali-ganda mikrob lebih dari tanah biasa. Antara bakteria-bakteria yang didapati dalam vermikompos ini adalah aerobik dan 'nitrogen leberating backteria', Lactobacillus sp. (penguraian bahan organik), Pseudmonas sp. terutama P. aeruginosa (mengeluar hormon dan enzim untuk pembesaran pokok), Alkaligenes sp., Azobacter sp. (pengikat nitrogen kepada nitrites), Aktinomisit sp. dan lain-lain. Hasil daripada penyelidikan di Canada, New Zealand dan Amerika Syarikat menunjukkan penggunaan vermikompos pada tanaman boleh menambah hasil tanaman dari 70% hingga 300
Petikan dari Buku Pembiakan Cacing (Vermilultur) & Pengeluaran Vermikompos
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2008
Wednesday, July 23, 2008
Ternak cacing ikut syarak
bhnews@bharian.com.my
Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwa

NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.
"Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan.
"Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.
Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.
Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.
Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.
Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.
Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.
Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.
"Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi," katanya.











